Translate

Powered By Blogger

Kata-kata Hikmat

 

Bahasa harian kini merupakan bahasa pasar, sangat kasar
Bahasa Melayu sebenar adalah sungguh indah,
Kenapa kita tidak endah?
Marilah bermadah!


 Karya Sofia Naznim


Perjalanan jauh membuatku berfikiran jauh
Padanlah dengan pepatah melayu terbilang,
'Jauh perjalanan, luas permandangan!’


 Karya Sofia Naznim



Mengapa setiap insan ada kekurangan, tiada yang sempurna?
Kerana Tuhan cinta akan hambanya, supaya tiada yang durjana
Agar sedar akan kekurangannya dan tiada akan sifat meninggi dirinya

Karya Sofia Naznim



Alahai hujan, kata semua
Ibu balas, “Ada yang mati, banjir nak”
Usah mengeluh, berdoa biarnya
Kebaikan itulah simpangnya

Karya Sofia Naznim

No comments:

Post a Comment