Translate

Powered By Blogger

Puisi Ringkas



Bila bersama tak bererti dunia milik kita
Bila berjauhan tak bererti hidup tidak bermakna
Biarlah jarak memisahkan kita
Aku tetap setia pada cinta

Karya Sofia Naznim



Termimpi teman  jangan dikenang
Mengenang kasih termimpi-mimpi
Mimpi dan kenang teman di sini
Selamat malam kekasih sejati

Karya Sofia Naznim



Aku adalah kau
Kau adalah aku
Dalam satu cinta terbuku
Dari pemikiran dan juga kalbu

Karya Sofia Naznim



Kegembiraan diabadikan di sanubari dan nurani
Kekecewaan biar dilempar jauh ke dasar bumi
Kerana aku akan mengutip semua keresahan ini
Menyinarinya dengan cahaya yang disulami memori

Karya Sofia Naznim



Usah diharap orang tak sudi
Nanti jiwa membakar diri
Kasih setia dibawa mati
Kalau tak kasih dendam berahi

Karya Sofia Naznim



Hanya kanda sahaja yang tahu
Maksud segala tersimpan sayu
Sinar kamu gemerlapan aku
Masih ingat apa yang berlaku?

Karya Sofia Naznim

No comments:

Post a Comment