Translate

Powered By Blogger

Pengenalan


Salam buat semua para pembaca yang sudi singgah di blog 'Karya Satu Abad-Tiada Puisi Hilang di Dunia!'. Syukur ke hadrat illahi, blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama yang akan mengumpulkan hasil-hasil karya penulisan puisi/sajak, syair, pantun, kata-kata hikmat (quotes), kata-kata motivasi dan penulisan motivasi di dalam bahasa Melayu, hasil nukilan saya sendiri.

Karya-karya ini merupakan hasil himpunan selama satu abad dan dengan izin-Nya, karya penulisan masih ditulis sehingga ke hari ini dan moga-moga berterusan hendak-Nya.

Semoga karya-karya ini dapat memberi kebaikan dan kebahagiaan kepada para pembaca sekalian dan seandainya ada terkurang dan tersilap, maafkan kekurangan saya. 

Saudari mahupun saudara bolehlah memberi kritikan yang membina secara email kepada saya untuk penambahbaikan pada masa mendatang.

Sekiranya terdapat mana-mana karya penulisan saya yang saudari mahupun saudara berminat, bolehlah rujuk kepada saya melalui email saya di snaznim@gmail.com dengan memberi butiran maklumat yang bersesuaian sekiranya mahu digunakan di mana-mana media sosial ataupun pembacaan puisi dan karya di sekolah dan lain-lain. 

Pastikan kredit nama penulis (Sofia Naznim) dan nama blog ('Karya Satu Abad-Tiada Puisi Hilang di Dunia!') seandainya karya penulisan ingin digunakan secara persendirian mahupun secara bersama/awam.

Saya juga mengalu-alukan kepada para peminat sastera di luar sana untuk berkongsi karya bersama saya dan saya akan terbitkan (publish) karya anda di laman web saya dengan memberi kredit kepada anda sebagai penulis asal. 

Pastikan penulisan itu adalah hak milik sendiri dan hanya penulisan asli dan baik akan dikongsi bersama. 

Akhir kata, salam perkenalan dari saya kepada pembaca dan peminat sastera sekalian. Teruskan membaca karya-karya saya dan anda juga jangan lupa teruskan berkarya! =)

Penulis,
Sofia Naznim



Notes: Gambar yang dipaparkan di dalam blog ini adalah dikreditkan kepada penulis Sofia Naznim, SF Artography dan juga kepada pemilik foto/seni asal yang dimuat turun dari laman web Google, Wallpaper apps for Iphone dan Ipad. Sekiranya terdapat mana-mana gambar yang ingin dikreditkan secara terus (direct) ataupun ingin dibuang oleh pemilik asal, sila hubungi saya melalui email di snaznim@gmail.com
Terima kasih atas perkongsian gambar-gambar menarik anda dan teruskan berkarya!

No comments:

Post a Comment