Translate

Powered By Blogger
Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Happy New Year 2016!
Selamat Tahun Baru 2016 sahabat! 
Marilah kita bersama menyambut tahun baru dengan semangat yang padu dan 
niat yang murni untuk mencapai impian dan mengamalkan kebaikan. 
Di sebalik kesibukan dunia, jangan lupa menyayangi diri dan insan tercinta. 
Semoga kita dilindungi oleh cahaya-Nya. 
Saya berharap agar sahabat dan para pembaca blog saya 
akan terus bersama saya dan sama-sama kita menggapai sukses. 

Salam 2016,
Sofia Naznim

Friday, 8 May 2015

Ria


Gelora di jiwa
Parahku rasa
Menghadapi suatu yang nyata
Yang bakal menduga
Apakan daya
Gembira
Kecewa
Semuanya menerpa
Aku bersuara
Dalam sepotong doa
Memohon apa yang ada
Apa yang tiada
Kepada-Mu Yang Maha Esa
Getar dan ketar, di dada
Jelas terpancar, ku dilema
Apakan daya
Apa yang terbaik, ria
Apa yang terburuk, ria
Yang pasti semuanya terbaik, ria

Karya Sofia Naznim

Thursday, 7 May 2015

Bas Rapid

 

Deruan bunyi-bunyian
Hingar-bingar suasana kedamaian
Menembusi ruang pembangunan
Bas Rapid pilihan keutamaan
Menaiki pergi pulang kembali
Keselesaan jelas terpampang sekali
Perjalanan selamat usah dinafi
Rasa nyaman tenang di hati
Warga tua diberi perhatian
Oleh anak muda yang bertauladan
Siapa kata kami kurang ajar
Sedangkan mata-mata jauh tersasar
Bas Rapid kembali lagi
Membawa penumpang ramai tak sangsi
Dua Ringgit dalam sehari
Kita juga tak rugi!

Karya Sofia Naznim

Nota: Tambang bas Rapid pada tahun 2008 hanyalah RM 2 sehari. Ketika itu, servis Bas Rapid adalah yang terbaik dengan tambang yang sangat berbaloi. Boleh pergi sana sini dengan RM 2 . Memang terbaik. Sekarang, nak masuk tandas pun RM 2, tambang bas sekali jalan pun dah RM 2. Ini puisi lama. Ini kebaikan masa itu. (>.<)

Wednesday, 6 May 2015

Kata-kata Hikmat


Mengapa setiap insan ada kekurangan, tiada yang sempurna?
Kerana Tuhan cinta akan hambanya, supaya tiada yang durjana
Agar sedar akan kekurangannya dan tiada akan sifat meninggi dirinya

Karya Sofia Naznim




Alahai hujan, kata semua
Ibu balas, “Ada yang mati, banjir nak”
Usah mengeluh, berdoa biarnya
Kebaikan itulah simpangnya

Karya Sofia Naznim

Tuesday, 5 May 2015

Sonata Cahaya Saga


Tatkala kau diam menabur benih, menebar jala
Keruh lelah merentasi persada
Iman merancak ilmu benua
Itu adalah epik saga yang hanya rahsia
Di mata insan yang mengenal cinta
Sonata darah hijau kuning cahaya
Aku persembah buat semua

Karya Sofia Naznim

Monday, 4 May 2015

Pantun Bumi


Pipit terbang hinggap di dahan,
Berlagu riang menanti hanya,
Subur bumi, anugerah Tuhan,
Usah dirakus, dipelihara keagungannya

Karya Sofia Naznim

Sunday, 3 May 2015

Puisi Ringkas


Usah diharap orang tak sudi
Nanti jiwa membakar diri
Kasih setia dibawa mati
Kalau tak kasih dendam berahi

Karya Sofia Naznim



Hanya kanda sahaja yang tahu
Maksud segala tersimpan sayu
Sinar kamu gemerlapan aku
Masih ingat apa yang berlaku?

Karya Sofia Naznim

Saturday, 2 May 2015

La Tahzan


La Tahzan
Aku berkata
Aku merasa
Tahzan, tahzan, tahzan!
Sungguh kita merasa..
Keperitan berleluasa
Menjangkau petak minda
Perih berganda-ganda
Bukan aku sahaja, bukan…
Kau sama berteriakan
La Tahzan
Aku berkata
Bersama kita runtuhkan
Motif perempuan durjana
Yang bertuhankan iblis
Dengan pegangan yang kita ada
Bertuhankan Allah Yang Maha Esa
As-Sabru
Yang mulia itu pasti dilindungi

Allahuakbar!

Karya Sofia Naznim


Friday, 1 May 2015

Semangat



Gagahku berlari
Ku terhenti
Di bahu jalan
Cuba mencari semangat yang hilang
Ku berlari lagi
Masih mencari semangat yang tak pernah luntur
Laluku temu
Semangat itu
Terukir senyuman walau keletihan
Ku teruskan larian
Walau tidak berteman
Langkahku terhenti di garisan penamat
Juaralah aku
Kerana semangat kamu
Pasti kau bangga
Pasti
Kerana semuanya untuk kamu
Semangat aku!

Karya Sofia Naznim

Thursday, 30 April 2015

Sahabat



Dikaulah sahabatku kerana
Keperibadianmu
Keikhlasanmu
Kejujuranmu
Keprihatinanmu
Dan keistimewaanmu
Yang membuatmu menjadi sahabatku
Bukan sekadar sahabat
Tetapi teman yang tetap dari sanubari
Yang pasti di alam realiti
Bukan di alam mimpi
Kerana kau menerangi
Kegelapan yang menyelubungi
Perasaan ini
Terima kasih saudari
Kerana kau tak jemu mengingati

Karya Sofia Naznim

Wednesday, 29 April 2015

Tsunami


Menyingkap nostalgia menyayat hati
Mengecap memori pahit sekali
Mengenang peristiwa anak jati
Terkorban dengan penuh dihormati
Kekuasaan Tuhan menggubal dunia
Tiada siapa yang mampu ketawa
Tsunami melanda membawa nyawa
Keperitan ini ada hikmahnya
Inikah sudah penderitaan mereka
Meratapi kehilangan orang tersayang
Tiada tempat mengadu setia
Simpatilah pada yang terbuang

Karya Sofia Naznim

Tuesday, 28 April 2015

Selindung dari Nyata

 

Cinta lahir dari dua jiwa
Segala yang disemai
Menjadi ilham untuk berjaya
Namun, mengapakah cinta
Harus dirahsia?
Sedangkan dalam hati
Ada cinta
Percayalah bahawa dirimu
Sedang dilamun cinta

Karya Sofia Naznim


Monday, 27 April 2015

Hanyalah Untukmu


Ku wadahkan rindu dan sayang
Ku ulitkan kasih dan mesra
Dilestarikan semua ini untuk kau sayang
Pada sebuah memori puisi
Nan kekal selamanya
Kerana kau cinta abadi
Dan kau sentiasa di hati
Sentiasa
Dan sentiasa
Pada setiap hembusan nafasku
Pada setiap himpunan kata dan janjiku
Hanyalah untukmu

Karya Sofia Naznim

Sunday, 26 April 2015

Amuk


Otak kananku katakan seni
Otak kiriku katakan sifir ke ini?
Seni dan sifir berkeceramuk
Menjadi cinta amuk
Satu, dua, tiga kali jumpa
Perasaan mendatang tapi ku takut cinta
Tapi aku sangat suka
Bila kau tenung dari jauh sana
Tak pasti ku apa yang kau fikirkan
Senyummu buatku riang sakan
Jangan tunggu lama-lama
Nanti lepas ke jauhari sana!

Karya Sofia Naznim

Saturday, 25 April 2015

Cicak Itu


Bila kita tengok cicak berjalan
Mungkin cicak itu berlari
Bila kita tengok cicak berlari
Mungkin cicak itu menari
Bila cicak menari
Mungkin cicak berhenti
Lalu cicak itu mati
Aku tersedar,
Dari lamunan pagi!

Karya Sofia Naznim

Friday, 24 April 2015

Bukan Cinta Kesatria

 

Kesakitan yang dirasai
Tiada siapa yg ketahui
Aku pendam
Merana dendam
Kasih pada bapa
Kasih pada Dia
Hanya aku, Dia yang tahu
Beri aku, kesempatan yang lalu
Untuk mengubah duniaku
Yang penuh kesempitan dan belenggu
Aku ingin cinta
Cinta yang setia, kasih kesatria
Dihunus ketajaman dunia
Masih berdiri merempuh segala derita
Aku terasa diri ini kerdil
Teguh seperti besi kerikil
Halus di mata Dia
Tebal di mata semua
Mungkin bukan sejak azali ini bermula
Mungkin bukan kini baru aku merasa
Rahsia hati, naluri tak ingin aku sampaikan
Atas sekeping nota aku leraikan
Maaf bukan aku tak kasih
Aku cinta tapi aku bertasbih
Aku ingin setia
Biarlah aku melangkau masa
Kita akan tetap bersama
Sekiranya itu yang saksama

Karya Sofia Naznim

Thursday, 23 April 2015

Ini Darah Saya!


Puisi Jadi Senjata,
Bangkitlah kita dari demokrasi terdera
Bangkitlah kita dari rasa dicerca
Dari durjana yang dahaga kuasa
Dari kerakusan tekak penguasa
Gerak laju darah merah saga
Pedih aksaraku membatasi raga
Biar kita angkat panji sakti dermaga
Biar kebenaran rancak bergelora
Usahlah semua berlagak borjuis, bencana
Bangga lagi aku anak marhaen, saujana
Dunia konkrit algojo lagi fatamorgana
Dunia tertancap ketebalan dogma-dogma, sirna
Ini puisi bukan hodoh, bukan cantik saja
Ini puisi spontan, jujur dan penuh makna
Biarpun aku tidak mampu mengangkat senjata
Bertumpah darah
Biarlah puisiku menjadi senjata
Mengangkat sejarah!
Mari kita warnai insani suara
Ayuh kita pasakkan jiwa perwira!!

Semoga demokrasi benar-benarlah satu demokrasi bukan isarkomed…

Karya Sofia Naznim

Wednesday, 22 April 2015

Kehidupan


Panaroma asmaraloka yang indah
Menggigit pangkal rasa
Yang padat dengan emosi
Malam yang lara
Kian kelam ditenggelami
Oleh kegelapan awan
Dan disurami dengan perpisahan
Yang tiada undangan
Pemergian yang lumrah
Dalam kehidupan semasa
Telah menyembunyikan keprihatinan
Dan kewibawaan seorang insan
Lalu menjadikannya tempat kegelapan
Yang mudah membawa kebencian
Dan pancaroba yang mengasingkan
Cinta dan harapan
Seorang insan yang kehilangan
Tempat beradu asmara
Dan tempat yang sejati
Untuk berteman
Inilah dunia ciptaan-Nya
Yang mampat dengan dugaan
Dan seharusnya diterima
Sebagai insan yang tabah
Dan cekal menghadapinya
Sebagaimana ditentukan
“Itulah kehidupan”

Karya Sofia Naznim

Tuesday, 21 April 2015

Kita Bina Bersama


Kita bina kelmarin
Sebuah impian dan harapan
Kita bina kini
Sebuah percintaan dan kenyataan
Kita bina lusa
Keakraban dan masa depan
Mampukah kita bina
Ketulusan dan kepercayaan
Yang perlu diteguhkan
Selagi jasad dikandung badan?

Karya Sofia Naznim

Monday, 20 April 2015

Teman Durjana, Sahabat Seirama

 

Banyak kawan banyak juga lawan
Diam tak bermaksud lupa
Hilang tak bermaksud dusta
Bersuara mana sahabat
Menjerit baru ada kelibat
Yang ilmu kau campak
Yang melalut jua dikepak-kepak
Tak serupa seperti yang lain, kau merajuk
Dia pujuk, kau kaku, terperuk
Bila berkata baik, drama
Tak akan nak buat jahat, Dia tak terima, baru kau suka?
Ikhlas, jujur perlu dirasa
Kau tu bukan budak tadika
Dah pandai ada masa depan
Bersorak riang lupa si peneman
Usah begitu
Ada yang baik nak bersahabat, terima dengan hati yang suci
Tapi kalau orang dah tak berkenan,
abaikan,
jalani masa depan dengan sahabat yang memahami irama kamu,
berjaya bersama dengan nilai terpuji.

Karya Sofia Naznim

Karya ini dipublikasikan di Laman Puisi Terkenal (Loker Puisi)
http://lokerpuisi.com/2015/02/14/teman-durjana-sahabat-seirama-oleh-sofia-naznim/